Archive for March, 2008

Pening la..

Posted in Hal f.a.x.u.r.a on March 30, 2008 by faxura

 

pening nih

Aduss.. Nape susah sangat nak dapat keje nih..? Interbiu dah banyak kali tapi x dapat2 gak lagi… tension la.. Ape la dose yang aku dah buat sampai Tuhan tutup pintu rezeki aku macam neh..? Kat mane silap aku yang aku x nampak..?

 

Cinta VS Suka

Posted in Hal Macam-Macam on March 30, 2008 by faxura
Di depan orang yang kamu “cinta”, jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.Di depan orang yang kamu “suka”, kamu akan selalu bahagia. Di depan orang yang kamu “cinta”, musim dingin serasa musim semi. Tetapi di depan orang yang kamu “suka” musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah. Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu “cinta”, maka kamu akan bertemu.Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu “suka”,maka kamu akan tersenyum. Di depan orang yang kamu “cinta”, kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu.Tetapi di depan orang yang kamu “suka”, kamu dapat mengungkapkannya. Di depan orang yang kamu “cinta”, kamu cenderung malu. Tetapi di depan orang yang kamu “suka”, kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya. Orang yang kamu “cinta”, biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit. Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai. Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu suka. Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan. Perasaan dari “cinta” dimulai dari tatapan mata. Dan perasaan “suka” dimulai dari pendengaran telinga. Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu. Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya…

Polaraid Pic..?

Posted in Hal .Com on March 27, 2008 by faxura

Korang leh click kat link tu if korang nak wat pic korang in polaraid style.. contoh cam pic kat bawah ni.. huhu.. ok kot kalau korang nak versatile kan pic korang tu..nak tryklik kat sini..

Selamat Mencuba..

Mahligaiku..

Posted in Hal Macam-Macam on March 26, 2008 by faxura
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang pa lin g cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada …Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang pa lin g risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim
wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku
tidak
berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun
tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah,
alfatihah.

Hidden Emoticons on Yahoo Messenger..

Posted in Hal .Com on March 26, 2008 by faxura

Erm.. Kat sini ade i sediakan beberape hidden emoticon yang leh korang pakai mase berchatting… icon2 ni x publish kat YM korang sebab dah kete benda nih Hidden Emoticons kan..? huhu.. Neway, ape yang korang rase i leh buat, korang gak leh buat kan..? So enjoy..( tag line Naim af6 ).. Hehe-

  :o 3 puppy dog eyes – New!
I don't know - New! :-? ? I don’t know – New!
not listening %-( not listening
pig :@) pig
cow 3:-O cow
monkey :( |) monkey
chicken ~:> chicken
rose @};- rose
good luck %%- good luck
flag **== flag
pumpkin (~~) pumpkin
coffee ~O) coffee
idea *-:) idea
skull 8-X skull
bug =:) bug
alien >-) alien
frustrated :-L frustrated
praying [-O< praying
money eyes $-) money eyes
whistling :-” whistling
feeling beat up b-( feeling beat up
peace sign :) >- peace sign
shame on you [-X shame on you
dancing \:D/ dancing
bring it on >:/ bring it on
hee hee ;) ) hee hee
chatterbox :-@ chatterbox
not worthy ^:)^ not worthy
oh go on :-j oh go on
star (*) star
hiro o-> hiro
billy o=> billy
april o-+ april
yin yang (%) yin yang

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429

Posted in Hal f.a.x.u.r.a on March 20, 2008 by faxura

Hari nih semua rakyat Malaysia yang beragama islam menyambut Maulidur Rasul 1429. Anak2 buah i (Ziyad, Basyir n Murshid), awal2 pagi lagi dah bersiap. Sumenye excited nak berarak.. tapi bebudak ni panggil ‘beranak’, huhu.. Balik dari berarak tu, sume tekan pengsan. Klaka la biler dengar citer dorang pi berarak tadi. Tetibe teringat kenangan mase kecik2 dulu. Same je hebohnye nak pi berarak, pastu balik bawak nasi bungkus sorang satu. Erm, hari ni gak i jumpe ray tapi kejap jek. Dah lame x jumpe dia, n memang rindu sangat2. Miss u Ray..

Topic @ YM

Posted in Hal f.a.x.u.r.a on March 17, 2008 by faxura

CIter lagi pasal YM nih. Huhu.. xpelakan.. lagipun xde benda yg nak share lagi kat blog nih… erm.. kali ni nak story sket pasal topic yg selalu di chatting kan kat YM.. Actually, pada i ade 2 jenis topic. 1- topic yg di chatkan kat public room n 2- topic yang di chatkan kat private room.

Memula citer topic kat public room. kebanyakan topik citer pasal isu semasa. ade gak yang jenis x bertanggungjawab nih citer yang bukan2 (paham2 jelah). Tapi yang bestnye bile room tu dah ade pengunjung tetap ataupun ade geng2 yang menghangatkan lagi chatroom tu. sronok gak kalau layan tapi yang x best tu kalau yg merepek x tentu pasal. macam2 nick n cara nak tarik perhatian kat chatroom. huhu

Now, citer plak pasal topic kat private room. 70% yang chat hanyalah nak sembang pasal seks. rase macam x bermoral. entahlah. kebiasaannya tentulah lelaki kan yang nak sembang pasal tu. dah rase mcm chatting ni tempat cari pelacur la plak. Ade gak yang x sembang pasal tu tp sembang pasal benda2 yang x mengarut la. erm, camtu la bagus.. open topic pasal hobi ke, pengalaman hidup ke, banyak lagi topik yang leh di bualkan.

Pada i plak, i chatting nak dapat kawan yg nak berkawan. then yang leh kongsi pengalaman hidup atau sume benda2 yang berfaedah. tapi bukan la pasal seks jek. menjijikkan la. yang mane terase, maaf ek. Masing2 dah besar panjang, dah boleh pikir sendiri..